Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak |
أَعُوْذُ بِوَجْهِ الله
الْكَرِيْمِ وَبِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِى.
لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرُّ وَلاَ فَاجِرًٌ مِنْ شَرِّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِهَا، وَمِنْ شَرِّمَا ذَ رَأَفِى الأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنّهَاَرِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ يَارَحْمَنُ |
Aku berlindung dengan wajah (zat) Allah yang Maha Mulia |
dan dengan kalimat Allah (Al Quranul Karim) yang sempurna |
yang tidak melampaui kebaikan orang yang soleh dan tidak orang yang fasiq |
daripada kejahatan barang yang turun daripada langit daripada bala |
dan kejahatan yang naik kepadanya daripada segala maksiat |
yang membawa kepada kemurkaan Allah |
dan daripada kejahatan bala yang ada dibumi |
iaitu segala perkara yang menyakiti |
dan daripada kejahatan yang keluar dari bumi |
seperti ular dan kala dan sebahagian binatang yang bisa |
dan daripada fitnah malam dan siang |
dan daripada kejahatan orang yang datang |
mengetuk-ketuk pintu di waktu malam dan siang |
melainkan orang yang datang mengetuk kerana tujuan kebaikan |
wahai Tuhan yang bersifat Rahman |
Doa yang diajar Jibril kepada Nabi s.a.w. |
Thursday, 1 May 2014
Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak
Doa Memohon Diberi Pasangan Hidup Yang dicintai Allah
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ. قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا ذَكَرَ دَاوُدَ يُحَدِّثُ عَنْهُ قَالَ كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَرِ . |
“Rasulullah s.a.w. bersabda, diantara doa Nabi Daud a.s.adalah : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. ” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” |
(HR. at Tirmidzi dari Abu Darda/3828) |
Doa pengikat Kasih dan Menyatukan Kesefahaman
Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman |
أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ عَلَّمَهُ أَنْ يَقُولَ هَذَا الدُّعَاءَ اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبَنَا، وَاصْلِحْ ذَاتَ بَيْنَنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمَِ وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ،وَجَنِّبْنَا الْفَوَا حِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَبَارِكْ لَنَا فِى أَسْمَا عِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَزُرِّيَتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ، مُثْنِيْنَ بِهَا وَقَابِلِيْهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا |
Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, |
dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan |
serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, |
jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin |
dan limpahkanlah kepada kami keberkatan |
baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami |
dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat |
lagi Maha Penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu |
serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami |
Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud |
Doa Untuk Yang Sedang Menunggu Jodoh
Doa untuk yang sedang menunggu jodoh |
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا |
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.” (Qs. Al Anbiya` [21] : 89) |
Subscribe to:
Posts (Atom)