Thursday 1 May 2014

Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak


Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak
أَعُوْذُ بِوَجْهِ الله الْكَرِيْمِ وَبِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِى.
لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرُّ وَلاَ فَاجِرًٌ مِنْ شَرِّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِهَا، وَمِنْ شَرِّمَا ذَ رَأَفِى الأَرْضِ،
وَمِنْ شَرِّمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنّهَاَرِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ يَارَحْمَنُ
Aku berlindung dengan wajah (zat) Allah yang Maha Mulia
dan dengan kalimat Allah (Al Quranul Karim) yang sempurna
yang tidak melampaui kebaikan orang yang soleh dan tidak orang yang fasiq
daripada kejahatan barang yang turun daripada langit daripada bala
dan kejahatan yang naik kepadanya daripada segala maksiat
yang membawa kepada kemurkaan Allah
dan daripada kejahatan bala yang ada dibumi
iaitu segala perkara yang menyakiti
dan daripada kejahatan yang keluar dari bumi
seperti ular dan kala dan sebahagian binatang yang bisa
dan daripada fitnah malam dan siang
dan daripada kejahatan orang yang datang
mengetuk-ketuk pintu di waktu malam dan siang
melainkan orang yang datang mengetuk kerana tujuan kebaikan
wahai Tuhan yang bersifat Rahman
Doa yang diajar Jibril kepada Nabi s.a.w.

Doa Memohon Diberi Pasangan Hidup Yang dicintai Allah


قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم
 كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ
 اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى
 وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.

 قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
 إِذَا ذَكَرَ دَاوُدَ يُحَدِّثُ عَنْهُ قَالَ  كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَرِ .
 
“Rasulullah s.a.w. bersabda, diantara doa Nabi Daud a.s.adalah :
 “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaiMu
dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu.
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.

” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud
beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
 (HR. at Tirmidzi dari Abu Darda/3828)

Doa pengikat Kasih dan Menyatukan Kesefahaman

Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman
أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ عَلَّمَهُ أَنْ يَقُولَ هَذَا الدُّعَاءَ
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبَنَا، وَاصْلِحْ ذَاتَ بَيْنَنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمَِ
وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ،وَجَنِّبْنَا الْفَوَا حِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ
وَبَارِكْ لَنَا فِى أَسْمَا عِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَزُرِّيَتِنَا
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ، مُثْنِيْنَ بِهَا وَقَابِلِيْهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا
Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang,
dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan
serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya,
jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin
dan limpahkanlah kepada kami keberkatan
baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami
dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu
serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami
Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud

Doa Untuk Yang Sedang Menunggu Jodoh

Doa untuk yang sedang menunggu jodoh
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.”
(Qs. Al Anbiya` [21] : 89)